Menghirup Udara Nyaman

July 19th, 2007 by iszarizal

Hari ni aku sudah tidak mengantuk lagi. 2-3 hari lepas nyaris-nyaris nak terbabas sebab mengantuk. Tioman Mega Dive sudah hampir seminggu berlalu…tapi letihnya sampai ke hari ini masih terasa. Kini aku mula mengatur perancangan baru bagi menghadapi hari-hari selepas Tioman Mega Dive. Keadaan agak lancar…tetapi momentum yang ada masih tidak besar…aku hanya perlukan sikit masa lagi. sekarang biarkan aku menghirup udara yang lebih segar.

Recovered?

June 26th, 2007 by iszarizal

Semakin hari kehidupan aku semakin penuh. sampai melimpah pun ada. ini mungkin sebab deadline aku semakin dekat dengan hari event. aku cuba mengontrol se"cool" mungkin situasi sekarang. boleh kata kalau orang duk jerit tepi telinga aku pun…bisa membuat aku tersenyum. perasaan yg ada dlm diri aku skang ni tak banyak fungsi, tapi tiba masanya nanti aku akan on kan semula…cuma bukan masa terdekat.

tapi aku rasa agak gembira sebab 2-3 hari kebelakangan, rakan-rakan lama muncul kembali dan dapatlah juga mengubati kerinduan kala tak bertemu. bagi aku itu sudah menggembirakan aku.

oklah…Tioman Mega Dive 2007 semakin hampir. harap ada kawan-kawan yang sudi menyokong event aku ni. Chow.

sila lawati : Tioman Mega Dive 2007

Penyu Menangis Ikan Jebong Pun Tak Tahu

July 10th, 2006 by iszarizal

Kesian penyu…kesian penyu…kesiaaannnnnn….kesian aku…ehh aku lak. baru jer sebulan lepas, PC aku bergelut dengan masalah Brontok…"baca…bro". Bulan ni aku terpaksa menanggung seksa Trojan lak…brengsek betul. yg aku pelik…brontok ari tu berjaya aku bomohkan PC aku nih…punyala seksa…kena mandi limau sebagai…ni masalah trojan ni ada aku format jer PC ni. harap jer takder budget bulan ni…bulan depan…bulan kepada bulan depan…kalau tak lama dah aku tohok ke laut PC ni ganti dengan G5.

bulan julai ni aku bermula dlm suasana yg agak lembab berikutan masalah yg melanda antara Mawi dan tunangnya…dan sebab-sebab lain seperti penceraian Erra dan Yusry dan masalah Dato’ K…aku harap bulan julai ni dpt aku habiskan dlm suasana ong dan menguntungkan.

aku ni gayanya mcm busy benor…tapi setakat ni rasanya pencapaian kurang membanggakan. apa silapnya…mana silapnya. lagha agaknya aku ni…nasib baik aku ada camera Finepix 9500 S, dpt la juga aku mengisi masa yg tak berapa lapang tu dengan mengambil gambar-gambar kesukaan aku.

oh ya…aku baru enhance blog ni dgn filmloop….aku dpt kat blog zahir…gambar tak cukup lagi tu…tunggu aku isi lagi….oklah chow!

web aku baru buat :
http://www.redagri.com.my

Jentikan Kenangan

May 28th, 2006 by iszarizal

Selain dari conduct training si sebelah siang dan berakhir pada 4.00 petang, aku punya masa untuk memikirkan lebih banyak perkara penting dan tak penting. satu-satunya perkara yang dahulunya aku jarang buat ialah contact member2 lama tanpa sebab-sebab yang kukuh…hehehe…org kata "just to say hi"…

tapi lately aku byk contact member2 lama…dan kenangan yang tersimpan kemas dimedula oblongata aku mula menjengah. Sekali-sekala bila teringat kisah lama mmg menghiburkan…rasa rindu pula zaman-zaman study dulu.

Baru-baru ada member kahwin di Bukit Goh, dan ini aku tak lepaskan untuk berjumpa member2 lama. Alhamdulillah kawan-kawan aku ni tak byk berubah…jumpa pun masih mcm dulu lagi…ada yg dah anak 1, anak 2, bini 2….mcm2 kekeke….

Balik dari kenduri kahwin, aku singgah di kedai kaset. lama benar aku tak kedai kaset…terlintas pulak nak tengok2 kaset lagu lama…nahhh..ada lak jual longgok. aku cukup suka yg jual longgok ni…satu sebab murah…yang keduanya sebab seronok melembang kaset tu.

belek punya belek jumpa kaset innuendo…seronot gak ni…lama tak dengar lagu "selamanya". murah jer RM3.90…aku pun terus beli…kaset pertama dan kedua…lagu selamanya ni mmg best…masa aku study dulu ada ler classmate aku perform lagu ni…teringat2 lagi…macam baru lagi berlaku….tapi sebenarnya dah dekat 10 tahun…huh?

aku layan lagu ni…mmg masih segar iramanya…aku kira pembikinan album ni mmg up to date masa tu…tu sebab bunyi pun best…hmmm…kenangan mengusik jiwa betullah…

aku pun baru jumpa MP3 dia…nak download?

ni aku kasik lirik dia :

Selamanya

Pabila kudengar
Suaramu nun dikalbu
Inginku menanti
Senyuman manismu

Kupasti dirimu
Terkenangkan suaraku
Usahlah kau menafikan
Cinta yang terpendam sesama kita

Kumendoakan
Demi keikhlasanmu
Kubersyukur pada Yang Maha Esa
Hilanglah kesepian kita

Dikau takhta di hatiku
Bersama kita bina istana cinta
Kurela bersamamu
Di angkasa bergema mekar dan rela

Hingga akhir hayatku
Pastinya bersama
Kasihmu yang kurindui
Selamanya

Betapa sukarnya
Kumemahami dirimu
Namun hatiku membara
Tiada apa yang dapat dilakukan

Sekiranya perasaanmu berduka
Kusesali segalanya
Kerna kaulah segalanya bagiku

under construction

May 8th, 2006 by iszarizal

aku mendefinisikan diri aku sekarang berstatus under construction. byk maintenance yg aku kena buat…tukar profesion, tukar business direction, tukar imej, tukar strategi, tukar ofis, tukar hangout place, tukar minyak hitam, tukar oil filter, balacing, alignment….byk lagi ler sampai aku pun tak tau sampai bila nak mcm ni.

tapi lepas aku settle maintenance, baru bole pikir nak bergerk lancar…tambah turbo ka…tambah sayap ka. bukan senang aku nak berhijrah seperti apa yg aku buat sekarang. 3 bulan utk aku buat kajiselidik dan pembentangan paperwork…akhirnya setelah aku rasa sedia, baru bole hijrah.

aku pon baru jer balik dari bercuti…rasa fresh semula…..KUANTAN! here i come!

 Bloglah

Spyware is going to hell!

March 2nd, 2006 by iszarizal

ada 2 benda yg betul-betul menyebabkan aku marah. yang pertamanya ialah spyware dan keduanya ialah manusia hipokrit…heheheh….aku dah lama sebenarnya perasan perkara ni….sebab aku ni kira rajin la jugak baca majalah hiburan. kalau hari minggu tu baca pancaindera ngan BiPOP….syok layan bacaan tak berfaedah camtu…..akuu perasaaaann sangat2 perangai artis2 hiburan ni, terutamanya bila ada ruangan 5 perkara yang disukai dan 5 perkara yang dibenci. aku kalau artis2 pompuan yang tak popular sgt atau baru nak popular….skripnya mmg cliche…cth aku bagi:-

5 perkara yang disukai:-
1) menonton tv/vcd - adaka menonton vcd….sepatutnya tonton movie…vcd tu kan barang….agaknya dia duk tenung vcd tu….hehehe
2)
melancong - ni kira okla…logik
3) shopping - yg ni kira standard ler….artis pompuan mmg akan sebut menda ni.
4) sambal belacan - aku mmg nak tergelak kalau dia keluar menatang belacan ni…sebenarnya dia nak tunjukla artis ni tak lupa daratan…piiiraaahhh…mmg byk yg lupa daratan pun.
5) masakan ibu - ni pun kira standard ISO gakla untuk perkara disukai…sama jer semua artis ni.

5 perkara yang dibenci:-
1) kesesakan jalanraya - ni mmg standard ler…semua org benci traffic jam….takder idea lain ker.
2) manusia hipokrit - buah manusia hipokrit adalah standard untuk mana2 artis malaysia lelaki mahupun pompuan…dlm hati aku pikir…sapa pulak yg suka manusia hipokrit…lawak2.
3) disko - yg tulis ni kira cover line ler…poddah!
4) hasad dengki - ni mesti kes kena ngumpat ngan member2…melayu ler suka dengki2 ni.
5) penderaan - ni sebab nak tunjukkan keprihatinan artis kepada isu semasa.

itula dia alasan2 atau point2 yg cliche untuk artis2 sejak zaman 80an hingga sekarang. mcm berpakat2 lak.

sehari dua ni laptop aku kena spyware kejam…habis semua application kena block…aku pening dah ni…nak kena bikin baru la…aisehmen.

projek aku skang semakin bertambah…tapi kedai mmg slow tahap cipan. aku kena fokus kepada projek dulu skang ni utk collect dana nak tampung operation kat premis…InsyaAllah aku akan cuba recover dlm seminggu dua ni.

esok ke KL…sampai jumpa lagi! :)

Luahan Hati K3k4s1h

February 19th, 2006 by iszarizal

Luahan Hati K3k4s1h

Telah ku susun pixel kasih,
menjadi wallpaper hiasan desktopmu.
Telahku setup server cinta,
menjadi pelayan network kasihku.
Akanku transfer MP3 romantis,
menjadi teman dikala downnya server.
Akanku copy ungkapan cinta,
Dan aku pastekan ke ruang hard diskmu.
Akanku delete virus duka,
Supaya foldermu sentiasa terjaga.

Dari Windows 95 hingga ke Windows XP,
Ku masih query response darimu.
Tiada sebarang URL dapat kubaca,
Tiada sebarang email harus ku reply.
Apakah ini satu error,
Atau hanya satu games RPG yang panjang.
Aplikasimu ini ibarat spyware,
Semakin hari merosakkan operating systemku.

Dan satu hari bila aku sentiasa hang,
Ctrl-Alt-Delete tidak berguna lagi,
Aku semakin pasti bukan salah RAM,
Terpaksa aku jalankan kekunci format C:

Iszarizal Ismail
20 Februari 2006
Kuantan Pahang

Jangan Kacau Aku

February 9th, 2006 by iszarizal

aku betul-betul marah…dan perasaan tu itu masih membara dalam hati aku ni. minggu ni memang mengganggu dan memercikkan api kemarahan aku kepada beberapa perkara yang tidak mengikut plan asal dan memusnahkan terus rancangan aku.

dah lama aku tak rasa begini HANGIN. nak saja aku terajang mana-mana orang yang aku rasa bengang. tapi aku tahu…itu takkan dpt meredakan hati aku ni. aku masih rasional walaupun marah. cuma buat masa ni jgn ada lagi mana2 elemen pemanas yang muncul sehari -dua ni. aku rasa kalau ada mungkin aku bertindak luar kawalan tu agak tinggi.

tapi, sebenarnya aku masih mampu tersenyum. jika aku fikir semula, secara reverse…ada byk hikmah beberapa kejadian punca kemarahan aku. aku sedar aku leka utk 1-2 bulan ni. aku mula sedar akan kedaifan aku sebagai manusia…byk juga persoalan baru timbul…aku bersyukur Allah SWT kejutkan aku awal…jentikan kemarahan aku tu semaki surut…tambahan bila aku dpt menulis blog ni.

*cuma sekarang aku kena take action utk back-up plan yg lama aku rancang…kira kritikal gak ni…antara hidup dan mati.

Recharge…because power is derived from plus and negative.

January 30th, 2006 by iszarizal

it’s been a long time since my last post to this blog. i’ve been busy in my new discovery of making a good business online and offline. also got a lot opportunity to expand my talent and ideas with both government and private sector especially in online businesses.

i also setup a new blog just for experimenting affiliates effectiveniess through other things than just talking about money. i picked humor. everybody just love humor. so this is my new strategy to get more referrals and the best things is…i got paid to do that.

i’m still at the beginning level right now, but my target is 6 months and InsyaAllah u will see the result if everything is working as planned. after 6 months, i will revealed the system…hehehe…rahsia kerajaan nih.

byk perkara menarik berlaku sampai aku rasa 24jam sehari tu cukup mudah utk aku habiskan. aku kira tak punya byk masa…but my laptop always giving me a headache….kejap2 mampos…camno la ni. dia dah penat kut.

that’s all for today…i give u my other blogs..click here

Bye! 20-an Welcome! 30-an

January 7th, 2006 by iszarizal

Top_01
Kalau nak ikutkan tak cukup lagi umur aku tu nak cecah 30. merujuk kepada pelan tindakan aku 10 tahun lepas, sebelum aku umur 30 sepatutnya aku dah jadi kaya. jadik pada hari ni…aku cuma ada masa tak sampai 12 bulan untuk merealisasikan pelan tersebut.

Tahun 2006 ni semacam memberi nafas yang segar kepada aku, ibarat aku mendapat satu suntikan semangat yang aku cari-cari sebelum ini. ada beberapa peristiwa yang penting terjadi kepada aku seawal tahun 2006 ini.

1 Jan 2006 ucapan selamat aku tersiar di Sinar.FM (heehehehe) radio rasmi aku sekarang. Almaklumla dah sampai ke angka 30.

3 Jan 2006 aku dan isteri decide utk survey rumah…dan kami dapat confirm rumah Semi-D di Inderapura dengan harga yg berpatutan….pada 5 Jan 2006. masuk tahun depan.

6 Jan 2006 aku on-air buat kali pertama di Pahang FM untuk rancangan Sembang Tokgajah. Rancangan tu dibuat untuk menyokong senario bolasepak Pahang. setalah 3 tahun usaha aku kat tokgajah.com, akhirnya mendapat perhatian daripada media. sebelum ni keluar majalah Arena bolasepak.

Jadi…aku berdoa supaya tahun 2006 ni merupakan tahun yang bertuah untuk aku perniagaan aku, keluarga aku dan kehidupan aku secara total aminnn.

Recommended Web :
http://www.sinar.fm