Archive for April, 2005

Kadang-kadang gembira…kadang-kadang sedih…

Monday, April 25th, 2005

Kabhi_kushi_kabhie_ghamBukan satu minggu yang biasa bagi aku. aku berjaya manage beberapa kerja dengan baik, tapi tanpa aku sedari…ada hati yang terluka.(mcm ayat drama lak)Minggu ni agak menggembirakan tentunya sebab rezeki semakin bertambah dan banyak masalah dapat diatasi (termasuklah masalah yang kritikal sebagaimana berlaku pagi tadi - Hard disk sudah "kong"…cilaka punya Microsoft ) dan juga kunjungan saudara aku dari Shah Alam.Masa aku di kedai juga agak panjang dari kebiasaan oleh kerana workload yg tinggi dan pekerja bercuti…nak buat camna…hati pelanggan kena jaga.

Begitupun dlm pada keghairahan aku minggu ni…aku tak sedar aku dah membuat mak aku kecik hati sebab mcm tak pedulikan dia…termasukla aku lambat bayar bill api dan telefon rumah dia. ni yg saspen aku nak gi rumah dia nih.

Begitu jugak dengan bini aku, semalam dia meeting aku terlambat nak hantar…last-last dia dihantar oleh pak mentua aku…nak buek camno…tu yg muncung jer tu.

tapi, itulah dinamakan kabhi kushi kabhi gham…hehehe.

Recommended Link :
http://www.crack.cd/

New DVD…dan murah

Saturday, April 16th, 2005

Dvd_rw1msemalam aku dah plan nak main futsal pukul 10. tapi sebab bini terlajak shopping…tak sedar sampai pukul 10.30. tu yg aku jadik hilang mood nak main…tapi aku pegi jugak nengok member2 tokgajah.com

kat GIANT semalam aku beli DVD murah brand Weige dari China. dari banyak2 yg ada tu aku try 3 bijik sebelum bayar…semua out. last2 aku amik yg display unit…elok pulak…kekeke. setiap yg murah mesti ada kekurangannya. jadi aku pun try carik kat net tentang brand ni. apa yg aku jumpa dlm discussion Lelong.com. brand ni cepat panas kalau main lama2…(dah beli nak buat camno).

tapi hari ni aku nak try beli DVD…tengok camna. untungnya beli yg murah ni…kalau anak aku buat rosak tak ralat sgt.

recommended site :
Image After

Sesat di KLIA.

Friday, April 15th, 2005

Ul_854280_11135560452_l13,14 aku ada di KL atas urusan penghantaran ayah aku ke Medan, Indonesia. selepas aku turunkan ayah aku di Terminal 4, terus aku park kereta di parking 2-G-B…aku kena bertafakur dan hafal nombor tu seketika sebab aku ni mmg pelupa dan tanak kejadian di Parking KLCC berulang.

aku terus pegi ke pintu masuk dan mengagak-agak kemana hala nak pegi dari parking ke departure hall. aku cuba pakai logik jer…naik tingkat satu…tak jumpa…dalam hati kata mesti tingkat 2…tak jumpa jugak…pas tu ke tingkat 3…akhir sekali aku baca jugak papan tanda…hehehehe….rupanya tingkat 5.

sambil aku round a.k.a sesat tu…aku cuba kaji secara agak-agak juga akan bangunan KLIA tu. dan keputusannya aku tabik pada rekaan dan susunatur KLIA. mmg terancang…aku yg hentam keromo masuk carik jalan tanpa usul periksa…mmg confirm sesat.

selesai di KLIA, dlm tengahari, aku ke KINOKUNIYA nak carik buku design dan buku utk anak aku. terjumpa la pulak kamera LOMO kat kaunter KINOKUNIYA. tak le mahal sangat…dlm RM150-RM300 mengikut model. aku tau psl kamera ni pun melalui Ajak (rakan designer).

Aku difahamkan kamera ni ada ciri2 unik yg susah nak dpt pada kamera lain…dan output juga sgt unik dan tidak identical. InsyaAllah aku nak miliki jugak kamera ni…unik.

Recommended site :
http://www.lomography.com/

kerja banyak tapi aku malas banyak

Monday, April 11th, 2005

Minggu ni agak hectic. kalau bukan company aku mesti aku dah tension dan stress…"dlm hati menyumpah boss bukan2". tapi sebab company ni aku punya…takkan aku nak menyumpah customer…kalau takder customer…lagi stress.

Dan seingat aku, sepanjang aku bisnes…satu menda yg aku jumpa dlm diri aku ialah…aku boleh berada selesa dan kurang stress walaupun dlm situasi yg bermasalah…asalkan bukan masalah hidup dan mati.

baru-baru ni aku menonton The Apprentice…bukan sirinya…tapi iklannya. Jutawan Donald Trump mendedahkan beberapa rahsia menjadi jutawan dan diantaranya ialah :
"Jgn marah atau sentiasa dlm keadaan marah melainkan kepada perkara yang betul-betul membuatkan anda marah, tapi anda boleh berlakon marah untuk menegur atau mengingatkan orang lain."

kata2 dia betul2 membuat aku berfikir panjang….

web  yg aku jumpa :
http://www.hans-isaac.com/

web yg aku recommend :
http://www.freeimages.co.uk/

itu saja, bai..

Blog…blog…blog

Thursday, April 7th, 2005

ok…fakta: blog-friendster slow giler…berzaman aku nunggu nak update. mungkin sebab beta version kut. ari ni jumpa satu lagi blog exclusive dari DiGi http://www.lifelogger.com/home.php - baru lagi kut…

petang cam nak hujan, tu yg malas buat keje tuh :)

Masa Bekerja, Masa Bermain

Wednesday, April 6th, 2005

Pagi ni sepatutnya aku cukup sibuk dengan kerja2 design…tapi blogs dlm friendster ni cukup mengujakan sampai aku sanggup meninggalkan kesemuanya….sementara waktu. aku juga baru dlm friendster, tapi nampak begitu banyak perubahan yang dibuat utk 2-3 minggu nih. jadi aku dah start jatuh cinta pada friendster (yg dulunya aku anggap sebagai application utk carik awek sahaja).

blog ni satu kemajuan yg sgt bijak dan menarik…mungkin nanti hati aku tergerak nak update blog ni kepada pakej berbayar…

ok itu saja.