Sesat di KLIA.
13,14 aku ada di KL atas urusan penghantaran ayah aku ke Medan, Indonesia. selepas aku turunkan ayah aku di Terminal 4, terus aku park kereta di parking 2-G-B…aku kena bertafakur dan hafal nombor tu seketika sebab aku ni mmg pelupa dan tanak kejadian di Parking KLCC berulang.
aku terus pegi ke pintu masuk dan mengagak-agak kemana hala nak pegi dari parking ke departure hall. aku cuba pakai logik jer…naik tingkat satu…tak jumpa…dalam hati kata mesti tingkat 2…tak jumpa jugak…pas tu ke tingkat 3…akhir sekali aku baca jugak papan tanda…hehehehe….rupanya tingkat 5.
sambil aku round a.k.a sesat tu…aku cuba kaji secara agak-agak juga akan bangunan KLIA tu. dan keputusannya aku tabik pada rekaan dan susunatur KLIA. mmg terancang…aku yg hentam keromo masuk carik jalan tanpa usul periksa…mmg confirm sesat.
selesai di KLIA, dlm tengahari, aku ke KINOKUNIYA nak carik buku design dan buku utk anak aku. terjumpa la pulak kamera LOMO kat kaunter KINOKUNIYA. tak le mahal sangat…dlm RM150-RM300 mengikut model. aku tau psl kamera ni pun melalui Ajak (rakan designer).
Aku difahamkan kamera ni ada ciri2 unik yg susah nak dpt pada kamera lain…dan output juga sgt unik dan tidak identical. InsyaAllah aku nak miliki jugak kamera ni…unik.
Recommended site :
http://www.lomography.com/