Archive for May, 2005

Revolusi Untuk Diri Aku.

Saturday, May 14th, 2005

P55158_image_smallTiada istilah rutin untuk lifestyle, pemikiran, makanan, rakan, pekerja, apa-apa saja yang ada disekeliling aku. perkara ini baru saja aku sedari setelah meneliti perjalanan hidup aku selama 2-3 tahun kebelakangan ini. rasionalnya…bila aku anggap sesuatu perkara berlaku sebagai rutin hidup, aku akan rasa kehilangan bila tak melakukan "rutin" itu.

jadi resolusi terbaru ialah TIADA RUTIN SELAGI IANYA PERLU BERUBAH. kerja aku mmg tiada rutin…kejap masuk grafik, kejap training, kejap photography…ish mcm2 ler. cuma aku kena teliti yg mana akan lebih menguntungkan…heheheh.

so…sekarang aku akan mula menrevolusikan diri aku supaya bertindak, bergerak, membuat keputusan mengikut keadaan semasa dan tidak perlu mengikut kebiasaan. aku akan delete semua file rutin dalam storage otak dan biology clock aku dan input data baru yang lebih dinamik.

dan kita lihat apa akan terjadi….

this week is great. aku dapat beberapa job baru, dapat jumpa menteri, dapat kawan baru, dapat jumpa bebudak Yob4ever.com, mcm2 ler jugak. walaupun bisness agak slow, aku still berpuas hati dengan beberapa perkara baru yang aku alami tanpa mengikut rutin.

web yg aku baru jumpa dan sgt sesuai dengan minat aku :
http://www.moparmusclemagazine.com/

Air yang tenang jgn disangka tiada henpon kaler

Wednesday, May 11th, 2005

Images_1things are quite in order now. memandangkan kebanyakan kerja dah selesai…keadaan sedikit tenang. namun masih berjalan lancar. tapi memandangkan aku dah terbiasa dengan keadaan kelam-kabut, rasa mcm tak sedap pankreas pulak bila keadaan "terlalu" tenang, kang tertidur terus lak.

ada 2-3 potential project yang aku sedang tunggu…training, web, printing…semuanya belum finalise. kalau jadik, sibuk semula la aku. jadik di waktu setenang sekarang ni patutnya aku kena kumpul aura lebih sikit untuk digunakan di masa depan. tapi yg tak bestnya…belum sempat kumpul aura, aku dah kena sakit perut…dah masuk 3 hari dah ni…pergh….tensen betul. tapi aku pun satu hal…liat benar nak ke klinik…biar sakit tu baik sendiri…kekekeke.

harapan aku nak pakai henpon kaler sudah semakin hampir, bukan sebab aku kemaruk sgt nak henpon tu…kebetulan ianya PERCUMA. apa lagi…belasah la. lagipon mmg aku kena pakai post-paid…tak tahan ler beli prepaid 10 inggit sehari.

minggu ni ayah aku sampai dari Medan, pastinya Sabtu ni aku kena hantar dia ke KLIA sekali lagi…dan aku harap tak sesat lagi.

web yang aku jumpa masa search under amoi dlm google :
http://www.msmobiles.com/

Ke KL lagi…

Sunday, May 8th, 2005

Imagestanpa perancangan awal, aku ke KL menemankan isteri aku dan keluarga mentua ke KL. banyak kerja2 aku terpaksa ditinggalkan, tapi masih boleh diuruskan. langkah kanan bagi isteri aku bila hotel kami menginap begitu dekat dengan SOGO. kena pulak ada Sale…belanja sakan ler orang pompuan.

4-5 tahun aku tinggal di KL, tak perasan betul aku hotel grand centrepoint ada kat area tu. mungkin sebab hala trafik kat situ menyebabkan orang tak perasan. mungkin management dia patut letak signboard di sebelah tepi hotel tu, dimana trafik menghala ke Kompleks Pertama.

malam tu aku on laptop…automatic dpt detect wireless signal…tapi takleh connect lak…puas aku ekjas…ada 4 signal…yg paling hampir ialah Mindef, Sony, AMAL. tak merasa aku onlime malam tu. last2 layan the sims aja.

budget aku ngam2 aja RM250…abis tinggal RM2 aja bila sampai kuantan…hehehe…kira kes jimat cermat la tu. tu pon siap beli seluar RM30 kat FOS Maju Junction. rata-rata percutian singkat dan tiba-tiba ni kira okler…lepaskan tension…

recommended web :
http://www.vh1.com/

Maaf…cuti dibekukan.

Wednesday, May 4th, 2005

Holidaymalaysia ni banyak benor cuti…raya cina, raya melayu, raya india, hari wesak, hari buruh, hari hol, hari ahad, hari gawai…pergh…tu belum kira amik MC lagi tu. beruntung sungguh duduk kat malaysia.

bagi aku…utk setahun dua ni…hari cuti ker…hari kerja ker…bisness jalan terus. kalau ada emergency baru aku cuti. rasa rugi pulak bila tutup bisnes hari ahad. baru2 ni aku bukak kedai hari cuti…sale lagi kencang. tu yg aku semangat tu. tapi setiap menda tu mesti ada pro dan kontra. pastinya masa aku bersama keluarga jadik singkat. tapi untuk 1-2 tahun ni apa salahnya. at least 5 tahun dari sekarang…aku dah boleh goyang kaki (kalau boleh) bila bisness dah sustain…InsyaAllah.

sebenarnya jauh di sudut terpencil dlm lubuk hati aku ni…aku sentiasa ingin bersama keluarga aku. bini aku pon aku tanak kasik kerja. mak ayah aku pun…aku nak dia relax kat rumah jer…kalau bisness aku ni boleh tanggung semua ler. aku pon nak lepak kat rumah jer….wakakaka…kan best.

hmmm…minggu ni adalah minggu paling busy…dan aku mengharapkan kerjasama semua agar faham situasi aku skang….tapi boleh ker?

recommended website :
http://www.wowwebdesigns.com/