Network itu penting

David_schwimmer2Aku dah lama menjauhkan diri dengan sebarang perkara yang berkait dengan Perniagaan Multi-Level. aku bukan anti tapi aku tak berminat. 2 tahun dulu memang aku pernah masuk macam-macam syarikat MLM, tapi setelah aku buat, aku tahu memang aku tak minat. Minggu lepas aku bersembang dengan kenalan baru yang menyarankan aku supaya join satu syarikat MLM, lantas aku diberi satu kaset Robert Kiyosaki. kebetulan aku nak balik Muar, aku bantai dengar dlm keter…….memang best. pandangan dia tentang bisnes telah memberi aku inspirasi baru. aku pernah baca buku dia, tapi tak abis…jadik dengan dengar kaset ni, kira aku dah tahu in general apa itu network dalam bisnes. namun begitu, pandangan aku tentang MLM tetap seperti biasa…tidak berminat. Jadik hari ni aku tengah download apa saja stuff dlm net tentang Robert Kiyosaki. nanti aku nak burn dan simpan pdf file dlm PDA aku.

Balik Muar memang memenatkan, tambahan pulak bila ada kematian. tak sangka instinct aku begitu kuat mengatakan moyang bini aku ni mcm nak sampai ajal…bila aku tengok dia. tapi takut nak cakap. nanti diaorang kata aku nih memandai jer. Al-fatihah.

esok aku ke KL…minggu ni nampak sikit cahaya dalam bisness aku…aku pun dalam usaha menukar cara aku bekerja dan mengurus perniagaan. aku akan mengambil saranan yang positif dari Robert Kiyosaki hehehehe….

web of the day
http://www.rahsiainternet.com/

Leave a Reply