Archive for July, 2005

AP-macam-macam ada…

Tuesday, July 26th, 2005

Apaku tak nafikan memang sekarang ni adalah masa yang begitu sibuk, dalam pada itu pun tanpa aku sangka coordination antara staff aku semakin baik. cuma ada silap sikit2 tu kira bole dimaafkan. minggu ni dah start ada practical student di premis aku…Alhamdulillah…ringan sikit beban keje bebudak ni.

tapi dlm sibuk2 pun aku sempat main RC car ngan anak aku…dan ternyata dia suka giler kat SUPRA tu…hehehe…aku beli pun sebab murah. dulu Race Tin tu dekat RM30.00…kelmarin aku beli masa sale cuma RM19.90…kira okla ler.

malam ni perkara yang paling mencuit pankreas aku ialah isu AP. dpt beberapa email lawak…mmg lawak…semua ada kaitan ngan perkataan AP mcm APUNDI, AP-undi Rafidah dan AP stands for Ayah Pin….hehehehe. aku amik petikan kata2 AP -

"Saya tidak bersembunyi ketika serbuan dibuat, cuma mereka tidak dapat
melihat saya," katanya di sini hari ini.
"Saya tidak harus dipersalahkan jika saya tidak ditahan. Saya juga tidak
akan meninggalkan kepercayaan yang saya bawa walaupun diharamkan oleh
kerajaan."

Korang pernah rasa tak cuka epal? semalam aku ke rumah Ustaz Fairus, dia bagi aku rasa eksperimen terbaru ubat dia, rasa sebijik cam cuka epal…tapi dia guna buah asam…bagus katanya menda tu untuk buang kolestrol. Aku doakan projek cuka asam dia berjaya.

Recommended Web:
http://www.wackyb.com/zzub/index.php?act=portal

Masa Untuk Bermain

Tuesday, July 19th, 2005

B0001ilkeg01lzzzzzzzberhabuk PS1 aku dekat almari, last sekali aku sentuh entah berapa bulan lepas…tu pon sebab aku belikan game utk anak aku. lepas tu aku pinjamkan pada adik ipar aku…terus aku lupa. tapi 2 hari lepas, tergerak lak hati aku nak amik dari dia…memandangkan dia pun dah keje kat Rawang, kira kalau aku tak amik…berlapuk ler PS1 tu kat bilik dia.

masa beli dulu, aku dpt 12 Game CD Pirate FREE…tak berabis gak nak main mula-mula. yg paling byk aku main pun Tekken, Grand Turismo, WWE, FIFA…tu jer balik2. tapi semalam aku tergerak lak nak main semula winning eleven. dulu aku tak favour game ni sebab dia cakap jepun…hehehe…lagipun FIFA dah ada…malas lak nak main WE ni.

setelah bertahun2 aku ada Game tu…baru semalam aku rasa enjoy lak main WE, mungkin sebab dia laju sikit dan smooth dar FIFA PS1. jadik dengan secara tak langsung aku dah ada aktiviti dari pukul 11.00 - 1.000 kekekeke….kalau tak aku ngadap Astro atau komputer. kira boleh occupied aku sebelum tidur…dah kira cantik tu.

hari ni aku jumpa satu game cute…tumblebugs . kalau nak download…bole ke : http://games.friendster.com/?lc=en atau boleh carik full version dlm lime wire

Recommended Web -
http://limewire.com/

hypertension…prehypertension

Tuesday, July 12th, 2005

Streamyxmentang-mentang ler banyak durian skang dlm dunia ni, boleh bagi suka-suka hati jer. beli sekilo dpt sebakul. melambak durian org kasik…entah sapa nak makan…org rumah aku kursus, aku mmg tak gemar durian, anak aku hantu durian…tapi aku tanak kasik dia makan banyak2…susah dia nak tido.

aku ni mmg ler takleh makan, 3 hari lepas, mak aku kasik ler 4 bujik durian…disebabkan durian tu dah siap kupas…kenala makan jugak…nanti busuk pulak. malam tu bini aku tak lalu sgt…sebab dia letih kut. aku sebabkan sayangkan makanan…aku bantai ler jugak. baru 6 ulas pekena…tu dia…kepala sudah pusing. pas tu aku bole lupa lauk yg ada kat atas meja makan tu ialah lauk aqiqah…makan pulaaaaaaak kambing. 3 hari beb….3 hari kepala aku berbintang…baik tak pitam. panas toksah cakapler. aku pun check ler tekanan darah…….128….tahap prehypertension. patutla aku ngantuk satu macam…malas satu macam…tekanan darah naik rupanya. huih….bahaya-bahaya.

Alhamdulillah, rezeki aku agak murah seminggu dua ni. rezeki anak agaknya. harap2 benda baik mcm ni berterusan…maklumla…ahli keluarga nak bertambah…kena la carik duit lebih sikit. projek aku pun tak byk sgt masalah, pekerja pun tak byk songeh…bole katakan sekarang ni antara masa terbaik untuk build-up semula kompeni aku ni. InsyaAllah bole berjaya.

Streamyx skang ni mmg berada pada tahap caci-maki aku jer. mmg teruk…sgt-sgt-sgt teruk! susah aku nak gambarkan betapa teruknya servis streamyx ni. mentang-mentang ler monopoli market…ingat bole buat suka-suka mak ayah dia jer nak bagi servis. ni guna pun sebab terpaksa…tapi aku tak redha. kalau rasa takleh servis…bagi ler peluang kat kompeni lain buat broadband. (kalau ada pun skang ni tersekat sebab streamyx ni nak bolot semua…kesian geng maxis dan digi. nak buat camno….)

Recommended web
http://www.dot.tk/

Dotcom Is dead

Wednesday, July 6th, 2005

Closedaku skang ni mmg sgt berhati-hati dengan perkembangan ICT seluruh dunia. nampak gayanya, semakin byk syarikat yg melingkup kerana menyediakan servis berkenaan ICT…khasnya web services. buku2 pasal new economy sebelum IT Bubbles "burst" melambak kat pasaran. kononnya Internet adalah salah satu cabang ekonomi yg terbaik utk investment juga hanya khayalan. Jadi apa sebenarnya yg berlaku?

tinjauan rambang aku bole disimpulkan begini :-

  1. Malaysia khususnya, terlalu taksub dengan ICT sampai melebih2…tapi semuanya sembang kosong.
  2. R&D yang tak konsisten. aku pernah hampir terlibat dlm projek Portal 2020 DRB…masa meeting ngan boss diorang…aku dpt rasakan ketaksuban diorang ni tak berpijak di bumi nyata. last2 aku back-off…tak sanggup nak carry harapan orang. akhirnya semua tak menjadi. apa jadik pada KOMNAS 2020?
  3. terlalu banyak graduan yg berpengetahuan terlalu general tentang ICT. sampai nak classified diorang pon susah either JAVA programmer, PHP experts, Network Admin…pas tu mula la tak dapat keje.
  4. takder satu pon yg Malaysia bole berbangga dengan pencapaian ICT, kalau ada pun desas-desus pasal jutawan Internet…tak tau ler pulak betul ke tidak…sebab dari penyelidikan aku di Internet…susah nak jumpa info pasal mamat jutawan ni kecuali pasal buku dia jer.
  5. MSC ialah masih satu kegagalan Malaysia. sebab paling nyata ialah…Credit Card Malaysia tak lepas beli barang kat net, International payment gateway pun tak support  Malaysia. abih camno.

byk lagi ler….malas nak komen. point aku satu aja…web free aku ditutup…kena la pindah hosting. kekekeke.

Recommended Web :
http://chris.pirillo.com/

Kas-kas memang menambah perisa

Tuesday, July 5th, 2005

P_pm04kata orang, zaman dulu-dulu kalau nak sedapkan makanan…letak daun ganja…kekeke…betul ke idak…itu aku takder bukti yg kukuh. tapi skang ni yg  mamak terang-terang letak candu/bijik bunga popi ka…apa cerita plak. sehari lepas aku terbaca berita tu, tergerak jugak hati aku nak check tengok kat kedai mamak, still ada org makan ke tidak. memang sah! masih ramai…mcm biasa. orang kisah apa…tapi kalau mamak dlm tv tu ngaku dia letak spender ker…tikus mati ker…tobat tak pegi.

According to Agriculture Department deputy director-general I Datuk Sofian Mohd Salleh, kaskas are poppy seeds, and excessive use of this ingredient in any dish can cause hallucination and addiction.

“The latex of the poppy flower is used to produce opium,” he noted.

He added that opium could be processed further into morphine and heroin.

Scientific research has shown that dishes containing poppy seeds can cause the consumer to test positive for opiates.

Sofian said poppy seeds in the local market were imported from several
countries, including India, because the Malaysian climate was not
suitable for poppy cultivation.

minggu yg agak menarik…byk perkara baru yg aku explore sbg business venture. walaupun pekerja aku dah 10-20 kali bertukar…setakat ni, aku dapat selaraskan kerja juga…yg penting ambil tahu kebanyakan aktiviti di premis.

hmm..tak lama dah utk menyambut kelahiran baby…doktor kata pompuan lagi. Ahamdulillah….tengah berdebar2 ni.

Recommended Web
http://www.bittorrent.com/