Masa Untuk Bermain
berhabuk PS1 aku dekat almari, last sekali aku sentuh entah berapa bulan lepas…tu pon sebab aku belikan game utk anak aku. lepas tu aku pinjamkan pada adik ipar aku…terus aku lupa. tapi 2 hari lepas, tergerak lak hati aku nak amik dari dia…memandangkan dia pun dah keje kat Rawang, kira kalau aku tak amik…berlapuk ler PS1 tu kat bilik dia.
masa beli dulu, aku dpt 12 Game CD Pirate FREE…tak berabis gak nak main mula-mula. yg paling byk aku main pun Tekken, Grand Turismo, WWE, FIFA…tu jer balik2. tapi semalam aku tergerak lak nak main semula winning eleven. dulu aku tak favour game ni sebab dia cakap jepun…hehehe…lagipun FIFA dah ada…malas lak nak main WE ni.
setelah bertahun2 aku ada Game tu…baru semalam aku rasa enjoy lak main WE, mungkin sebab dia laju sikit dan smooth dar FIFA PS1. jadik dengan secara tak langsung aku dah ada aktiviti dari pukul 11.00 - 1.000 kekekeke….kalau tak aku ngadap Astro atau komputer. kira boleh occupied aku sebelum tidur…dah kira cantik tu.
hari ni aku jumpa satu game cute…tumblebugs . kalau nak download…bole ke : http://games.friendster.com/?lc=en atau boleh carik full version dlm lime wire
Recommended Web -
http://limewire.com/