Archive for August, 2005

I need a defrag…

Monday, August 29th, 2005

Benderakelapamasa ni otak hemisfera kanan, hemisfera kiri dan medula oblongata aku amat-amat memerlukan rehat dan waktu yg agak panjang utk defrag setelah dipergunakan agak extreme 2-3 minggu kebelakangan ini. aku pernah full defrag masa aku habis study kat UTM dulu. hasilnya…aku agak baik pada mulanya…namun setelah 4 tahun kemudian, aku dpt rasakan ada sikit kesilapan dan aku terpaksa baiki semula dlm masa 2 tahun yg terakhir.tapi kali ni aku nak buat yg quick defrag jer…(kalau anda rasa tulisan kali ini agak keterlaluan, ini menunjukkan betapa seriusnya tindakan defrag itu diambil secepat mungkin).

baru habis 2-3 hari lepas aqiqah Irdina, anak kedua aku. jadi…aku sepatutnya boleh meneruskan kehidupan aku dengan seperti biasa dengan beberapa penambahan…terutamanya dari segi perbelanjaan. tapi InsyaAllah…ada rezeki anak…so aku tak begitu bimbang. cuma kehidupan di rumah mak mertua aku agak "tough" bila Insyirah, anak pertama aku mula buat perangai pelik2 sejak ada adik. tapi bila aku ada…dia ok jer. mungkin dia rasa dipinggirkan kut.

ada beberapa perkara yang mengganggu kelancaran otak aku ni sekarang…bzzzz…bzzzz….bzzzz..
aku rasa tak bole tulis lama2…kang shut down sendiri ,payah plak….

SELAMAT HARI KEBANGSAAN….sejarah perlu ditulis semula…aku sokong!

Recommended Web:
http://www.alistapart.com/

Melayu Dalam Dilema Lagi…

Tuesday, August 16th, 2005

Anwar1Banyak isu yang telah disentuh mengenai status "orang melayu di Malaysia". Paling menyentuh benak aku ialah tulisan Ungku Aziz mengenai kesilapan orang melayu sendiri dan paling utama kesilapan oleh kepimpinan orang melayu. Memang isu itu mengenai DEB dan sebagainya…tapi aku rasa ianya lebih kuat kepada bangsa Melayu…bukan isu DEB. Aku harus mencungkil apa yang pernah diperkatakan oleh pendeta Zaaba seperti beberapa petikan yang dibuat oleh Prof. Ungku Aziz…barulah rasanya aku akan lebih faham tentang tulisan Prof. Ungku Aziz.

Lagi satu isu melayu ialah mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia ke Kuantan hari ini. Nun jauh di Penor tempat berceramah. Hajat hati nak juga aku dengar apa yang diperkatakan…tapi aku ada appoinment malam ni…kali ni siap ada makan2 lagi. dan khabarnya orang UMNO pun ramai nak join.Wallahualam.

Terakhir sekali isu  melayu bernama Ayah Pin. aku baru sahaja menonton VCD  Kerajaan Langit…memang gempar.  Inilah satu-satunya melayu yang berjaya menawan hati  pelbagai agama dalam dunia…tapi sayang dia bukan lagi Islam. sebagai  Muslim aku memang mengatakan dia ni confirm sesat. tapi  VCD ni memang gempar…lebih gempar dari Cannibal Holocaust.

Web Kalau Takut Jangan Bukak:
http://theskykingdom.blogspot.com/
http://www.malaysiakini.com/pages/ayah_pin/

My Phat Family is getting Phatter

Friday, August 12th, 2005

Baby1Alhamdulillah, akhirnya selamat proses mendapatkan anak perempuan kedua. tepat jam 10.10 pagi, di hospital pakar kuantan pahang. kali ni ada sikit kesulitan bilamana anak aku berada dlm posisi terlentang. masa bersalin pulak…bini aku dah abis tenaga nak push…terpaksa la dR.Khaled Mat Hassan  menggunakan skill mengvakum sambil menterbalikkan ke posisi meniarap dan terus keluar. jadik kepala anak aku ada sikit berbenjol. Aku berterima kasih kepada semua yg telah terlibat dlm proses ni. semuanya berjalan lancar. disebabkan aku amat gembira sekarang…aku terpaksa balik ke rumah segera untuk menatap wajah anak aku yg terbaru nih…babai.

Recommended Link:
http://forum.japantoday.com/forumid_32/tt.htm

emas siber

Tuesday, August 9th, 2005

N_03mawiaku dpt berita yg aku hampir sukar nak percaya bahawa kawan aku sudah berjaya established dirinya sebagai e-gold investor. Tahniah aku ucapkan, dan aku rasa sikit menyesal sebab tak meneruskan usaha aku dulu, mungkin rezeki aku bukan di situ lagi. aku ingat lagi bila aku ngan junaidy terklik-klik iklan dlm web sebab nak kumpul dana utk invest dlm HYIP…tapi sebab tak tekun, terus aku tinggalkan. main dlm internet ni kena ada ketekunan dan azam yg kuat juga…pertamanya sebab menda tak nampak…jadi was-was tu mmg ada. aku kira cTEH member aku ni mmg nekad. jadi 1-2 hari ni fikiran aku dlm dilema samada idea yg diceritakan tentang e-gold ni baik atau sebaliknya. akaun e-gold aku mmg dah lama wujud…tu yg mahal tu…cuma tak aktif. aku nampak satu menda yg menghalang aku dari aktif ialah masa dan akses internet. sebab aku kat rumah takder akses…ada sikit payah di situ…tapi aku akan fikirkan masak-masak perkara ni.

untuk register e-gold, klik link bawah ni.
https://www.e-gold.com/newacct/newaccount.asp?cid={1051391}

recommended web
http://www.nogold.com/

Sekilas Member Minum Air…

Thursday, August 4th, 2005

FotoAku tak tahu samada pernah dibuat survey atau tidak tentang kadar peratusan diantara manusia yang suka menipu dan jujur. Aku rasa cara terbaik ialah dengan melihat contact list dan rakan2 sekeliling. kalau kita check semula list satu persatu mungkin kita boleh agak-agak….."si mat….penipu, si shahrul…jujur…si wati…errr…kdg2 tu tipu gak…ahh penipu…si mizi…con man…" last sekali kita total….berapa ratio penipu ngan bukan penipu.

cuma satu persoalan….kita tak boleh kenal seseorang tu samada mmg betul dia penipu atau kita tersalah anggap oleh kerana situasi…dan juga wajarkah seseorang itu kita cop sebagai penipu seandainya dia terpaksa menipu kita sekali dlm seumur hidup dia.

ok…kisahnya yang utamanya ialah aku punyai seorang member yang menipu secara dinamik. aku katakan begitu sebab dia akan meningkatkan kadar penipuan dia secara beransur-ansur mengikut tempoh lama berkenalan. dan yang sadisnya ialah aku dapat tahu klimaks penipuan dia kepada member-member telah melibat kerugian beribu-ribu ringgit sekaligus manikkan taraf dia sebagai CONMAN. Tahniah aku ucapkan….

dan semestinya aku takkan bekerjasama lagi dengan orang berstatus CONMAN. akan aku report perkara ini kepada Karam Singh Walia kerana mencemarkan udara Kuantan Centre Point dengan "taik" yang dia tabur.

Recommended Link
Wallpaper Menarik