I need a defrag…
masa ni otak hemisfera kanan, hemisfera kiri dan medula oblongata aku amat-amat memerlukan rehat dan waktu yg agak panjang utk defrag setelah dipergunakan agak extreme 2-3 minggu kebelakangan ini. aku pernah full defrag masa aku habis study kat UTM dulu. hasilnya…aku agak baik pada mulanya…namun setelah 4 tahun kemudian, aku dpt rasakan ada sikit kesilapan dan aku terpaksa baiki semula dlm masa 2 tahun yg terakhir.tapi kali ni aku nak buat yg quick defrag jer…(kalau anda rasa tulisan kali ini agak keterlaluan, ini menunjukkan betapa seriusnya tindakan defrag itu diambil secepat mungkin).
baru habis 2-3 hari lepas aqiqah Irdina, anak kedua aku. jadi…aku sepatutnya boleh meneruskan kehidupan aku dengan seperti biasa dengan beberapa penambahan…terutamanya dari segi perbelanjaan. tapi InsyaAllah…ada rezeki anak…so aku tak begitu bimbang. cuma kehidupan di rumah mak mertua aku agak "tough" bila Insyirah, anak pertama aku mula buat perangai pelik2 sejak ada adik. tapi bila aku ada…dia ok jer. mungkin dia rasa dipinggirkan kut.
ada beberapa perkara yang mengganggu kelancaran otak aku ni sekarang…bzzzz…bzzzz….bzzzz..
aku rasa tak bole tulis lama2…kang shut down sendiri ,payah plak….
SELAMAT HARI KEBANGSAAN….sejarah perlu ditulis semula…aku sokong!
Recommended Web:
http://www.alistapart.com/
August 29th, 2005 at 6:44 am
loh… ko x de defrag tahunan ke… cam aku biasanya akan defrag setahun sekali.. cuti sekolah bulan 6… aku mesti amik cuti seminggu.. gi memana..
Budak bila baru dapat adik biasa la… luqman pun cenggitu..
SELAMAT HARI KEBANGSAAN
August 29th, 2005 at 6:53 am
peerrghh!! sampai kene defrag tuh.. cam penggunaan dah melampaui tahap ekstrem jek…jgn weng dah leee…ekekekk
August 29th, 2005 at 6:28 pm
zahir…aku tak sempat nak buat annually defrag, jadik defrag bila tahap maksimum…kekeke…zam…setakat ni belum sampai weng…separuh weng tu selalu sgt…kekeke