Melayu Dalam Dilema Lagi…
Banyak isu yang telah disentuh mengenai status "orang melayu di Malaysia". Paling menyentuh benak aku ialah tulisan Ungku Aziz mengenai kesilapan orang melayu sendiri dan paling utama kesilapan oleh kepimpinan orang melayu. Memang isu itu mengenai DEB dan sebagainya…tapi aku rasa ianya lebih kuat kepada bangsa Melayu…bukan isu DEB. Aku harus mencungkil apa yang pernah diperkatakan oleh pendeta Zaaba seperti beberapa petikan yang dibuat oleh Prof. Ungku Aziz…barulah rasanya aku akan lebih faham tentang tulisan Prof. Ungku Aziz.
Lagi satu isu melayu ialah mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia ke Kuantan hari ini. Nun jauh di Penor tempat berceramah. Hajat hati nak juga aku dengar apa yang diperkatakan…tapi aku ada appoinment malam ni…kali ni siap ada makan2 lagi. dan khabarnya orang UMNO pun ramai nak join.Wallahualam.
Terakhir sekali isu melayu bernama Ayah Pin. aku baru sahaja menonton VCD Kerajaan Langit…memang gempar. Inilah satu-satunya melayu yang berjaya menawan hati pelbagai agama dalam dunia…tapi sayang dia bukan lagi Islam. sebagai Muslim aku memang mengatakan dia ni confirm sesat. tapi VCD ni memang gempar…lebih gempar dari Cannibal Holocaust.
Web Kalau Takut Jangan Bukak:
http://theskykingdom.blogspot.com/
http://www.malaysiakini.com/pages/ayah_pin/