Sekilas Member Minum Air…
Aku tak tahu samada pernah dibuat survey atau tidak tentang kadar peratusan diantara manusia yang suka menipu dan jujur. Aku rasa cara terbaik ialah dengan melihat contact list dan rakan2 sekeliling. kalau kita check semula list satu persatu mungkin kita boleh agak-agak….."si mat….penipu, si shahrul…jujur…si wati…errr…kdg2 tu tipu gak…ahh penipu…si mizi…con man…" last sekali kita total….berapa ratio penipu ngan bukan penipu.
cuma satu persoalan….kita tak boleh kenal seseorang tu samada mmg betul dia penipu atau kita tersalah anggap oleh kerana situasi…dan juga wajarkah seseorang itu kita cop sebagai penipu seandainya dia terpaksa menipu kita sekali dlm seumur hidup dia.
ok…kisahnya yang utamanya ialah aku punyai seorang member yang menipu secara dinamik. aku katakan begitu sebab dia akan meningkatkan kadar penipuan dia secara beransur-ansur mengikut tempoh lama berkenalan. dan yang sadisnya ialah aku dapat tahu klimaks penipuan dia kepada member-member telah melibat kerugian beribu-ribu ringgit sekaligus manikkan taraf dia sebagai CONMAN. Tahniah aku ucapkan….
dan semestinya aku takkan bekerjasama lagi dengan orang berstatus CONMAN. akan aku report perkara ini kepada Karam Singh Walia kerana mencemarkan udara Kuantan Centre Point dengan "taik" yang dia tabur.
Recommended Link
Wallpaper Menarik