Slow, tidak bermotivasi dan begitu lemah

Akumelayuaku tak tau apa nak jadik ngan aku ni. aku mcm hanyut dalam air yg tenang, ibarat buah kelapa yg gugur ke laut, seakan kapal yang tiada kemudi, macam kereta remote kontrol abis bateri, seumpama manusia yg tidak mengambil sebarang makanan kesihatan daripada mana-mana produk MLM….apa nak jadik ngan aku ni!…..aku begitu lemah….aku malu!

aku akui…masa aku memang-memang-memang sangat terhad. kalau dulu masa aku ibarat kek yg dipotong 3…kini aku rasakan umpama dipotong 15. aku berdoa supaya tuhan memberi aku ilham untuk mengendalikan masa aku nih dengan bijak.amin.

setelah 5 tahun atau lebih aku tak dpt nak menikmati perasaan dan adrenalin bermain volleyball. kini aku berjaya menempatkan diri aku berlatih bersama-sama budak hospital. mmg diorang ni lebih MUDA dan fit. kalau nak dibandingkan dengan aku nih…rasanya mmg jauh ketinggalan. aku masih boleh bermain, tapi tulahhh….semput2 le sikit. lompat pun seinci dua. walaupun aku baru kenal bebudak ni…tapi nampaknya diorang setakat ni ok.

ada beberapa perkara yg sedang dlm perhatian aku…terutamanya aspek pengurusan dan perancangan untuk expand business. mungkin aku terlalu nak menjayakan projek aku sampai premis aku nih kelam-kabut. ini aku harap cuma sementara saja.

awal bulan ni aku agak gembira dengan penampilan baru…lebih ringkas…sesuai dengan keserabutan aku ni. ramai kata aku nak tiru MAWI…kamonnnn….MAWI?….ek ellehhh…mawi pun mawilahhh.

Recommended Web:
ayah pin
http://www.ayah-pin.blogspot.com/

Leave a Reply