Handphone lagi jadik isu….

_38638535_bigphone150
aku masih lagi mengkaji dimana kaitannya antara kes wanita china (yang sebenarnya melayu) yang dirakam berbogel menggunakan fonbit canggih dengan kekerapan fonbit aku jahanam dlm 1-2 bulan ni. isunya masih lagi fonbit…hampeh. aku terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih dari biasa disebabkan masalah handphone. sungguh merugikan. bayangkan…mula-mula aku trade-in 3315 aku, aku beli Z200 Sony Ericsson, aku keluar RM120…wife aku lak kebas…aku pakai 3210 aku. pas tu aku terpaksa baiki AK100 wife aku sebab ada problem ngan line…lesap RM80.00, sebab tak puas hati aku carik handphone yang paling murah dan berskrin warna….yaaaa…aku dapat Motorola C350…dengan harga tambahan RM60 sahaja setelah aku jual AK100. sempat ler aku pakai 2 minggu. semalam handphone tu pecah terburai…cis! aku terpaksa pakai semula 3210 aku. hari ni pulak 3210 aku pulak terburai….hampeh tul! nasib baik boleh on…tapi casing sudah pecah…aduhhh…mcm2 ler. tapi aku redha dan pasrah dengan apa yang berlaku.

bebaru ni aku ke JB, berjalan2 sambil melawat pengantin…setelah 8 tahun aku tak kesana, byk betul perubahan…makin bersih. tapi tak sempat aku nak melawat UTM Skudai…lain kali la kut. lama jugak aku tak bersantai berjalan2 makan angin…last sekali dulu aku gi Medan…lepas tu kerja-kerja-kerja. tapi Alhamdulillah, usaha aku makin menampakkan hasil…walaupun slow…tapi masih ada peningkatan. persaingan aku pun semakin hebat di sekitar premis aku…jadik kena tukar strategi…InsyaAllah aku akan plan satu strategi baik punya….Tungguuuuu!

Recommended Web
http://www.tazben.com.my

Leave a Reply