Spyware is going to hell!
ada 2 benda yg betul-betul menyebabkan aku marah. yang pertamanya ialah spyware dan keduanya ialah manusia hipokrit…heheheh….aku dah lama sebenarnya perasan perkara ni….sebab aku ni kira rajin la jugak baca majalah hiburan. kalau hari minggu tu baca pancaindera ngan BiPOP….syok layan bacaan tak berfaedah camtu…..akuu perasaaaann sangat2 perangai artis2 hiburan ni, terutamanya bila ada ruangan 5 perkara yang disukai dan 5 perkara yang dibenci. aku kalau artis2 pompuan yang tak popular sgt atau baru nak popular….skripnya mmg cliche…cth aku bagi:-
5 perkara yang disukai:-
1) menonton tv/vcd - adaka menonton vcd….sepatutnya tonton movie…vcd tu kan barang….agaknya dia duk tenung vcd tu….hehehe
2) melancong - ni kira okla…logik
3) shopping - yg ni kira standard ler….artis pompuan mmg akan sebut menda ni.
4) sambal belacan - aku mmg nak tergelak kalau dia keluar menatang belacan ni…sebenarnya dia nak tunjukla artis ni tak lupa daratan…piiiraaahhh…mmg byk yg lupa daratan pun.
5) masakan ibu - ni pun kira standard ISO gakla untuk perkara disukai…sama jer semua artis ni.
5 perkara yang dibenci:-
1) kesesakan jalanraya - ni mmg standard ler…semua org benci traffic jam….takder idea lain ker.
2) manusia hipokrit - buah manusia hipokrit adalah standard untuk mana2 artis malaysia lelaki mahupun pompuan…dlm hati aku pikir…sapa pulak yg suka manusia hipokrit…lawak2.
3) disko - yg tulis ni kira cover line ler…poddah!
4) hasad dengki - ni mesti kes kena ngumpat ngan member2…melayu ler suka dengki2 ni.
5) penderaan - ni sebab nak tunjukkan keprihatinan artis kepada isu semasa.
itula dia alasan2 atau point2 yg cliche untuk artis2 sejak zaman 80an hingga sekarang. mcm berpakat2 lak.
sehari dua ni laptop aku kena spyware kejam…habis semua application kena block…aku pening dah ni…nak kena bikin baru la…aisehmen.
projek aku skang semakin bertambah…tapi kedai mmg slow tahap cipan. aku kena fokus kepada projek dulu skang ni utk collect dana nak tampung operation kat premis…InsyaAllah aku akan cuba recover dlm seminggu dua ni.
esok ke KL…sampai jumpa lagi!
March 3rd, 2006 at 8:24 pm
dude. jgn baca zine lagi. tak baik utk kesihatan. nak2 minda