Archive for May, 2006

Jentikan Kenangan

Sunday, May 28th, 2006

Selain dari conduct training si sebelah siang dan berakhir pada 4.00 petang, aku punya masa untuk memikirkan lebih banyak perkara penting dan tak penting. satu-satunya perkara yang dahulunya aku jarang buat ialah contact member2 lama tanpa sebab-sebab yang kukuh…hehehe…org kata "just to say hi"…

tapi lately aku byk contact member2 lama…dan kenangan yang tersimpan kemas dimedula oblongata aku mula menjengah. Sekali-sekala bila teringat kisah lama mmg menghiburkan…rasa rindu pula zaman-zaman study dulu.

Baru-baru ada member kahwin di Bukit Goh, dan ini aku tak lepaskan untuk berjumpa member2 lama. Alhamdulillah kawan-kawan aku ni tak byk berubah…jumpa pun masih mcm dulu lagi…ada yg dah anak 1, anak 2, bini 2….mcm2 kekeke….

Balik dari kenduri kahwin, aku singgah di kedai kaset. lama benar aku tak kedai kaset…terlintas pulak nak tengok2 kaset lagu lama…nahhh..ada lak jual longgok. aku cukup suka yg jual longgok ni…satu sebab murah…yang keduanya sebab seronok melembang kaset tu.

belek punya belek jumpa kaset innuendo…seronot gak ni…lama tak dengar lagu "selamanya". murah jer RM3.90…aku pun terus beli…kaset pertama dan kedua…lagu selamanya ni mmg best…masa aku study dulu ada ler classmate aku perform lagu ni…teringat2 lagi…macam baru lagi berlaku….tapi sebenarnya dah dekat 10 tahun…huh?

aku layan lagu ni…mmg masih segar iramanya…aku kira pembikinan album ni mmg up to date masa tu…tu sebab bunyi pun best…hmmm…kenangan mengusik jiwa betullah…

aku pun baru jumpa MP3 dia…nak download?

ni aku kasik lirik dia :

Selamanya

Pabila kudengar
Suaramu nun dikalbu
Inginku menanti
Senyuman manismu

Kupasti dirimu
Terkenangkan suaraku
Usahlah kau menafikan
Cinta yang terpendam sesama kita

Kumendoakan
Demi keikhlasanmu
Kubersyukur pada Yang Maha Esa
Hilanglah kesepian kita

Dikau takhta di hatiku
Bersama kita bina istana cinta
Kurela bersamamu
Di angkasa bergema mekar dan rela

Hingga akhir hayatku
Pastinya bersama
Kasihmu yang kurindui
Selamanya

Betapa sukarnya
Kumemahami dirimu
Namun hatiku membara
Tiada apa yang dapat dilakukan

Sekiranya perasaanmu berduka
Kusesali segalanya
Kerna kaulah segalanya bagiku

under construction

Monday, May 8th, 2006

aku mendefinisikan diri aku sekarang berstatus under construction. byk maintenance yg aku kena buat…tukar profesion, tukar business direction, tukar imej, tukar strategi, tukar ofis, tukar hangout place, tukar minyak hitam, tukar oil filter, balacing, alignment….byk lagi ler sampai aku pun tak tau sampai bila nak mcm ni.

tapi lepas aku settle maintenance, baru bole pikir nak bergerk lancar…tambah turbo ka…tambah sayap ka. bukan senang aku nak berhijrah seperti apa yg aku buat sekarang. 3 bulan utk aku buat kajiselidik dan pembentangan paperwork…akhirnya setelah aku rasa sedia, baru bole hijrah.

aku pon baru jer balik dari bercuti…rasa fresh semula…..KUANTAN! here i come!

 Bloglah