December 14th, 2005 by iszarizal

aku masih lagi mengkaji dimana kaitannya antara kes wanita china (yang sebenarnya melayu) yang dirakam berbogel menggunakan fonbit canggih dengan kekerapan fonbit aku jahanam dlm 1-2 bulan ni. isunya masih lagi fonbit…hampeh. aku terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih dari biasa disebabkan masalah handphone. sungguh merugikan. bayangkan…mula-mula aku trade-in 3315 aku, aku beli Z200 Sony Ericsson, aku keluar RM120…wife aku lak kebas…aku pakai 3210 aku. pas tu aku terpaksa baiki AK100 wife aku sebab ada problem ngan line…lesap RM80.00, sebab tak puas hati aku carik handphone yang paling murah dan berskrin warna….yaaaa…aku dapat Motorola C350…dengan harga tambahan RM60 sahaja setelah aku jual AK100. sempat ler aku pakai 2 minggu. semalam handphone tu pecah terburai…cis! aku terpaksa pakai semula 3210 aku. hari ni pulak 3210 aku pulak terburai….hampeh tul! nasib baik boleh on…tapi casing sudah pecah…aduhhh…mcm2 ler. tapi aku redha dan pasrah dengan apa yang berlaku.
bebaru ni aku ke JB, berjalan2 sambil melawat pengantin…setelah 8 tahun aku tak kesana, byk betul perubahan…makin bersih. tapi tak sempat aku nak melawat UTM Skudai…lain kali la kut. lama jugak aku tak bersantai berjalan2 makan angin…last sekali dulu aku gi Medan…lepas tu kerja-kerja-kerja. tapi Alhamdulillah, usaha aku makin menampakkan hasil…walaupun slow…tapi masih ada peningkatan. persaingan aku pun semakin hebat di sekitar premis aku…jadik kena tukar strategi…InsyaAllah aku akan plan satu strategi baik punya….Tungguuuuu!
Recommended Web
http://www.tazben.com.my
Posted in Web/Tech | No Comments »
November 9th, 2005 by iszarizal
Mula-mula sekali kena la ucapkan Selamat Hari Raya. Pastu tanya lak…amacam raya?…seronot? bagi aku raya ni seronot disebabkan anak2 akuler. jalan sini dpt duit, jln sini dpt duit…mmg seronot ler aku nengok. tapi yg tak seronotnya aku lak sebaliknya kekekeke. tapi raya punya pasal aku tak kisah sgt.
selepas raya, aku bukak semula bisnes hari isnin 7/11/2005. mood raya tu still ada lagi…jadik kerja pun ala-ala beraya gitu. tapi yg memeningkan aku lepas cuti 4 hari ni…kereta aku buat hal, komputer buat hal, mcm2 ler. tu ler dugaan selepas raya…dah seronot2…dtgla dugaan pulak. jadik 1-2 hari selepas raya ni aku dok settle masalah2 ini ler.
rasanya ari ni dah agak2 settle,jadik bolehlah aku teruskan kehidupan "normal" aku….hehehe InsyaAllah. terima kasih kepada kawan2 yg dtg menziarah…mmg tahun ni ramai aku dpt celebrate raya ngan kawan2 aku.
InsyaAllah tahun depan kita raya lagi.
dam dam dum bunyi mercun seludup!
Posted in Wasted Saliva | No Comments »
October 7th, 2005 by iszarizal
Sekelip mata jer dah sambut ramadhan semula. rasanya tak puas duk makan selama 12 bulan yang lepas sejak hari raya 1425H…hehehhe. azam aku tahun ni selain dari cukupkan puasa, nak juga kuruskan badan 2-3 kilo…setakat 2 bulan ni…aku baru saja berjaya mengurangkan sebanyak 2kg…waahhh satu pencapaian…tapi selalunya bila time raya….semuanya punah…tak tau ler berapa banyak lagi phyto fiber yng aku kena teguk…kekekeke.
bisness agak tak begitu stabil 1-2 bulan ni. harga barang seperti semua maklum…mmg naik, especially harga dari supplier…kena la aku buat beberapa adjustment untuk beli stok dsb. Namun begitu, aku berjaya jugak dpt beberapa projek…tu yg lega…sekurang-kurangnya lepas la aku beraya tahun ni.
beberapa rancangan aku perlu laksanakan segera…termasuk apply streamyx kat rumah…masa aku di opis makin lama makin singkat. tak sempat aku nak sentuh mouse buat keje, dah kena balik rumah…tambahan pulak bila dah ada baby baru ni. jadik, lebih baik aku bekerja lepas opis hour di rumah saja…itu pun selepas semua org tidoq.
dan aku ucapkan Salam Ramadhan Untuk Semua
Recommended Web:
http://www.expsurf.com/index.php?refid=281176
Posted in Wasted Saliva | No Comments »
September 9th, 2005 by iszarizal
aku tak tau apa nak jadik ngan aku ni. aku mcm hanyut dalam air yg tenang, ibarat buah kelapa yg gugur ke laut, seakan kapal yang tiada kemudi, macam kereta remote kontrol abis bateri, seumpama manusia yg tidak mengambil sebarang makanan kesihatan daripada mana-mana produk MLM….apa nak jadik ngan aku ni!…..aku begitu lemah….aku malu!
aku akui…masa aku memang-memang-memang sangat terhad. kalau dulu masa aku ibarat kek yg dipotong 3…kini aku rasakan umpama dipotong 15. aku berdoa supaya tuhan memberi aku ilham untuk mengendalikan masa aku nih dengan bijak.amin.
setelah 5 tahun atau lebih aku tak dpt nak menikmati perasaan dan adrenalin bermain volleyball. kini aku berjaya menempatkan diri aku berlatih bersama-sama budak hospital. mmg diorang ni lebih MUDA dan fit. kalau nak dibandingkan dengan aku nih…rasanya mmg jauh ketinggalan. aku masih boleh bermain, tapi tulahhh….semput2 le sikit. lompat pun seinci dua. walaupun aku baru kenal bebudak ni…tapi nampaknya diorang setakat ni ok.
ada beberapa perkara yg sedang dlm perhatian aku…terutamanya aspek pengurusan dan perancangan untuk expand business. mungkin aku terlalu nak menjayakan projek aku sampai premis aku nih kelam-kabut. ini aku harap cuma sementara saja.
awal bulan ni aku agak gembira dengan penampilan baru…lebih ringkas…sesuai dengan keserabutan aku ni. ramai kata aku nak tiru MAWI…kamonnnn….MAWI?….ek ellehhh…mawi pun mawilahhh.
Recommended Web:
ayah pin
http://www.ayah-pin.blogspot.com/
Posted in Wasted Saliva | No Comments »
August 29th, 2005 by iszarizal
masa ni otak hemisfera kanan, hemisfera kiri dan medula oblongata aku amat-amat memerlukan rehat dan waktu yg agak panjang utk defrag setelah dipergunakan agak extreme 2-3 minggu kebelakangan ini. aku pernah full defrag masa aku habis study kat UTM dulu. hasilnya…aku agak baik pada mulanya…namun setelah 4 tahun kemudian, aku dpt rasakan ada sikit kesilapan dan aku terpaksa baiki semula dlm masa 2 tahun yg terakhir.tapi kali ni aku nak buat yg quick defrag jer…(kalau anda rasa tulisan kali ini agak keterlaluan, ini menunjukkan betapa seriusnya tindakan defrag itu diambil secepat mungkin).
baru habis 2-3 hari lepas aqiqah Irdina, anak kedua aku. jadi…aku sepatutnya boleh meneruskan kehidupan aku dengan seperti biasa dengan beberapa penambahan…terutamanya dari segi perbelanjaan. tapi InsyaAllah…ada rezeki anak…so aku tak begitu bimbang. cuma kehidupan di rumah mak mertua aku agak "tough" bila Insyirah, anak pertama aku mula buat perangai pelik2 sejak ada adik. tapi bila aku ada…dia ok jer. mungkin dia rasa dipinggirkan kut.
ada beberapa perkara yang mengganggu kelancaran otak aku ni sekarang…bzzzz…bzzzz….bzzzz..
aku rasa tak bole tulis lama2…kang shut down sendiri ,payah plak….
SELAMAT HARI KEBANGSAAN….sejarah perlu ditulis semula…aku sokong!
Recommended Web:
http://www.alistapart.com/
Posted in Wasted Saliva | 3 Comments »
August 16th, 2005 by iszarizal
Banyak isu yang telah disentuh mengenai status "orang melayu di Malaysia". Paling menyentuh benak aku ialah tulisan Ungku Aziz mengenai kesilapan orang melayu sendiri dan paling utama kesilapan oleh kepimpinan orang melayu. Memang isu itu mengenai DEB dan sebagainya…tapi aku rasa ianya lebih kuat kepada bangsa Melayu…bukan isu DEB. Aku harus mencungkil apa yang pernah diperkatakan oleh pendeta Zaaba seperti beberapa petikan yang dibuat oleh Prof. Ungku Aziz…barulah rasanya aku akan lebih faham tentang tulisan Prof. Ungku Aziz.
Lagi satu isu melayu ialah mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia ke Kuantan hari ini. Nun jauh di Penor tempat berceramah. Hajat hati nak juga aku dengar apa yang diperkatakan…tapi aku ada appoinment malam ni…kali ni siap ada makan2 lagi. dan khabarnya orang UMNO pun ramai nak join.Wallahualam.
Terakhir sekali isu melayu bernama Ayah Pin. aku baru sahaja menonton VCD Kerajaan Langit…memang gempar. Inilah satu-satunya melayu yang berjaya menawan hati pelbagai agama dalam dunia…tapi sayang dia bukan lagi Islam. sebagai Muslim aku memang mengatakan dia ni confirm sesat. tapi VCD ni memang gempar…lebih gempar dari Cannibal Holocaust.
Web Kalau Takut Jangan Bukak:
http://theskykingdom.blogspot.com/
http://www.malaysiakini.com/pages/ayah_pin/
Posted in Wasted Saliva | No Comments »
August 12th, 2005 by iszarizal
Alhamdulillah, akhirnya selamat proses mendapatkan anak perempuan kedua. tepat jam 10.10 pagi, di hospital pakar kuantan pahang. kali ni ada sikit kesulitan bilamana anak aku berada dlm posisi terlentang. masa bersalin pulak…bini aku dah abis tenaga nak push…terpaksa la dR.Khaled Mat Hassan menggunakan skill mengvakum sambil menterbalikkan ke posisi meniarap dan terus keluar. jadik kepala anak aku ada sikit berbenjol. Aku berterima kasih kepada semua yg telah terlibat dlm proses ni. semuanya berjalan lancar. disebabkan aku amat gembira sekarang…aku terpaksa balik ke rumah segera untuk menatap wajah anak aku yg terbaru nih…babai.
Recommended Link:
http://forum.japantoday.com/forumid_32/tt.htm
Posted in Wasted Saliva | 1 Comment »
August 9th, 2005 by iszarizal
aku dpt berita yg aku hampir sukar nak percaya bahawa kawan aku sudah berjaya established dirinya sebagai e-gold investor. Tahniah aku ucapkan, dan aku rasa sikit menyesal sebab tak meneruskan usaha aku dulu, mungkin rezeki aku bukan di situ lagi. aku ingat lagi bila aku ngan junaidy terklik-klik iklan dlm web sebab nak kumpul dana utk invest dlm HYIP…tapi sebab tak tekun, terus aku tinggalkan. main dlm internet ni kena ada ketekunan dan azam yg kuat juga…pertamanya sebab menda tak nampak…jadi was-was tu mmg ada. aku kira cTEH member aku ni mmg nekad. jadi 1-2 hari ni fikiran aku dlm dilema samada idea yg diceritakan tentang e-gold ni baik atau sebaliknya. akaun e-gold aku mmg dah lama wujud…tu yg mahal tu…cuma tak aktif. aku nampak satu menda yg menghalang aku dari aktif ialah masa dan akses internet. sebab aku kat rumah takder akses…ada sikit payah di situ…tapi aku akan fikirkan masak-masak perkara ni.
untuk register e-gold, klik link bawah ni.
https://www.e-gold.com/newacct/newaccount.asp?cid={1051391}
recommended web
http://www.nogold.com/
Posted in Web/Tech | No Comments »
August 4th, 2005 by iszarizal
Aku tak tahu samada pernah dibuat survey atau tidak tentang kadar peratusan diantara manusia yang suka menipu dan jujur. Aku rasa cara terbaik ialah dengan melihat contact list dan rakan2 sekeliling. kalau kita check semula list satu persatu mungkin kita boleh agak-agak….."si mat….penipu, si shahrul…jujur…si wati…errr…kdg2 tu tipu gak…ahh penipu…si mizi…con man…" last sekali kita total….berapa ratio penipu ngan bukan penipu.
cuma satu persoalan….kita tak boleh kenal seseorang tu samada mmg betul dia penipu atau kita tersalah anggap oleh kerana situasi…dan juga wajarkah seseorang itu kita cop sebagai penipu seandainya dia terpaksa menipu kita sekali dlm seumur hidup dia.
ok…kisahnya yang utamanya ialah aku punyai seorang member yang menipu secara dinamik. aku katakan begitu sebab dia akan meningkatkan kadar penipuan dia secara beransur-ansur mengikut tempoh lama berkenalan. dan yang sadisnya ialah aku dapat tahu klimaks penipuan dia kepada member-member telah melibat kerugian beribu-ribu ringgit sekaligus manikkan taraf dia sebagai CONMAN. Tahniah aku ucapkan….
dan semestinya aku takkan bekerjasama lagi dengan orang berstatus CONMAN. akan aku report perkara ini kepada Karam Singh Walia kerana mencemarkan udara Kuantan Centre Point dengan "taik" yang dia tabur.
Recommended Link
Wallpaper Menarik
Posted in Wasted Saliva | No Comments »
July 26th, 2005 by iszarizal
aku tak nafikan memang sekarang ni adalah masa yang begitu sibuk, dalam pada itu pun tanpa aku sangka coordination antara staff aku semakin baik. cuma ada silap sikit2 tu kira bole dimaafkan. minggu ni dah start ada practical student di premis aku…Alhamdulillah…ringan sikit beban keje bebudak ni.
tapi dlm sibuk2 pun aku sempat main RC car ngan anak aku…dan ternyata dia suka giler kat SUPRA tu…hehehe…aku beli pun sebab murah. dulu Race Tin tu dekat RM30.00…kelmarin aku beli masa sale cuma RM19.90…kira okla ler.
malam ni perkara yang paling mencuit pankreas aku ialah isu AP. dpt beberapa email lawak…mmg lawak…semua ada kaitan ngan perkataan AP mcm APUNDI, AP-undi Rafidah dan AP stands for Ayah Pin….hehehehe. aku amik petikan kata2 AP -
"Saya tidak bersembunyi ketika serbuan dibuat, cuma mereka tidak dapat
melihat saya," katanya di sini hari ini.
"Saya tidak harus dipersalahkan jika saya tidak ditahan. Saya juga tidak
akan meninggalkan kepercayaan yang saya bawa walaupun diharamkan oleh
kerajaan."
Korang pernah rasa tak cuka epal? semalam aku ke rumah Ustaz Fairus, dia bagi aku rasa eksperimen terbaru ubat dia, rasa sebijik cam cuka epal…tapi dia guna buah asam…bagus katanya menda tu untuk buang kolestrol. Aku doakan projek cuka asam dia berjaya.
Recommended Web:
http://www.wackyb.com/zzub/index.php?act=portal
Posted in Wasted Saliva | No Comments »